Rakan baik kepada bekas personaliti tv yang hilang, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman, Datin Sharifah Shawati menyifatkan rakannya itu sebagai seorang insan yang kuat.<br /><br />Dalam temu bual dalam Program Meletop pada Selasa, Sharifah yang tampil berjubah hitam dilengkapi selendang pemberian rakannya baiknya itu percaya, bahawa Zalina masih ada di luar sana.
